Translate

Monday, October 5, 2026

Pembantu am SM Sains Setiu maut kemalangan

SETIU – Seorang pembantu am Sekolah Menengah Sains Setiu maut, manakala suaminya cede ra parah selepas kereta Proton Wira dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Kilometer 79, Jalan Kuala Terengganu berhampiran Kampung Bukit Grebar, di sini semalam. 

Dalam kemalangan pada pukul 2.15 pagi itu, mangsa, Raja Norizan Raja Ali, 41, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan be berapa anggota badan. 

Suami mangsa yang berusia 44 tahun pula mengalami patah kaki kanannya. 

Ketua Polis Daerah Setiu, Su perintendan Zahril Asri Mohd. Zain berkata, sewaktu kejadian, wanita itu dan suaminya dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Simpang Tiga, Kampung Che Mohid, Permaisuri di sini. 

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta Proton Wira dinaiki mereka dikatakan tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas ke tepi jalan. 

“Kereta mereka kemudiannya memasuki parit,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. 

Zahril Asri berkata, mayat Raja Norizan telah dihantar ke Unit Forensik, Hospital Setiu di sini, untuk tindakan lanjut. 

Beliau berkata, suami mangsa yang cedera parah pula dikejarkan ke unit kecemasan hospital sama untuk menerima rawatan. 

“Kes sedang disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

No comments:

Post a Comment