Translate

Wednesday, October 21, 2026

Murid patah kaki dapat RM47,000

 

KUALA TERENGGANU – Seorang murid yang patah kaki kanan selepas dikasari guru kelas al-Quran dan fardu ain (KAFA) empat tahun lalu mendapat pembelaan apabila menerima ganti rugi sebanyak RM47,000. 

 Hakim Mahkamah Tinggi, Yusrin Faidz Yuso memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan Muhammad Izz Anaqi Mohd. Izwan, 13, selaku plaintif. 

 Yusrin mengarahkan dua defendan iaitu guru KAFA, Ahmad Mursyidin Abdullah, 41, dan majikannya, Yayasan Islam Terengganu (YIT) membayar ganti rugi am kecederaan RM30,000 ber serta kos RM17,000 dan faedah terhadap plantif. 

Beliau mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen yang menolak tuntutan Muhammad Izz Anaqi pada 16 Februari lalu.

 “Saya mendapati Hakim Mahkamah Sesyen (Wan Aklima Wan Salleh) terkhilaf. Beliau gagal menilai keterangan dua saksi dan laporan perubatan pakar Hospital Sultanah Nurzahirah. 

“Laporan perubatan itu mengesahkan kecederaan kaki murid (plaintif) akibat hentakan kuat,” katanya ketika membaca kan penghakimannya semalam.

 Jelasnya, YIT sebagai majikan turut bertanggungjawab secara vikarius atas kecederaan akibat perbuatan defendan pertama. 

Berdasarkan pernyataan tun tutan yang dikemukan ibu plain tif, Nor Azlina Mohamad Yasin, 41, defendan pertama didakwa menghempas mangsa ke atas kerusi pada pukul 3.30 petang, 6 Julai 2022.

 Muhammad Izz Anaqi yang tidak dapat berjalan pulang ke rumah dirujuk ke klinik swasta sebelum disahkan kaki kanannya patah. 

Plaintif diwakili peguam Mohammad Rafaei Adnan, Mohd. Hazwan Hamidun dan Alif Danial Ahmad Shahrulnizam. 

 Sementara itu, bapa plaintif, Mohd. Izwan Ahmad Saidi, 40, bersyukur kerana anaknya mendapat pembelaan setelah empat tahun insiden berlaku.

 “Insiden itu bukan sahaja menyebabkan kaki anak saya patah, malah mendatangkan trauma berpanjangan. 

Dia terpaksa memendam rasa dipandang serong di sekolah rendah ekoran tindakan perundangan ini,” katanya. 

Defendan pertama turut didakwa di Mahkamah Majistret Marang pada 12 Oktober 2022 di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan. 

Kes tersebut kini di peringkat pembicaraan.

No comments:

Post a Comment