Translate

Sunday, August 2, 2015

Penahanan kes 1MBD dilakukan secara profesional


KUALA LUMPUR - Penahanan tiga individu dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Pejabat  Peguam Negara telah dilakukan dengan tatacara profesional bagi menyiasat kebocoran maklumat yang telah diterima pasukan khas 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, ketiga-tiga individu itu juga termasuk bekas penasihat SPRM, Tan Sri Rashpal Singh telah dilepaskan bermula malam kelmarin selepas keterangan mereka diambil.
Beliau berkata, tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) harus dilihat mengikut tata cara perundangan berikutan penerimaan laporan polis berhubung kebocoran berkenaan sebelum ini.
"Kita mahu menyiasat dari sumber mana yang melakukan kebocoran maklumat sulit pasukan khas 1MDB kepada pengendali blog, Sarawak Report dan portal-portal lain.
"Bukan sahaja SPRM dan BNM, kalau kita mengesyaki kebocoran itu dilakukan di peringkat PDRM, pegawai polis terlibat juga akan turut disiasat," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Kepong di sini hari ini. - KOSMO!

No comments:

Post a Comment