Translate

Monday, August 10, 2015

Tol percuma di LDP pada 31 Ogos


PETALING JAYA - Pengguna Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) bakal menikmati pengecualian bayaran tol pada 31 Ogos ini sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-58.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Lingkaran Trans Kota Sdn. Bhd. (Litrak), Sazally Saidi berkata, pengguna bagi semua kelas kenderaan Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat Sdn. Bhd. (Sprint) pula bakal menikmati diskaun 20 sen sepanjang hari berkenaan.
"Insentif Hari Kemerdekaan itu berkuatkuasa dari 12 tengah malam hingga 11.59 malam, 31 Ogos depan.
"Dianggarkan 417,000 pengguna LDP dan 172,000 pengguna Sprint akan menerima manfaat tersebut melibatkan subsidi keseluruhan RM3.12 juta," katanya pada majlis sambutan Jalinan Aidilfitri anjuran bersama Litrak, Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) dan Sprint di Kompleks Operasi Litrak, Bandar Sunway di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment