Translate

Friday, August 7, 2015

Bayi kanak-kanak 11 tahun akan dipelihara keluarga sendiri


KUALA LUMPUR - Bayi lelaki yang dilahirkan kanak-kanak perempuan berusia 11 di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah, Negeri Sembilan kelmarin akan dipelihara oleh ahli keluarganya sendiri.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, ibu bapa murid tahun lima sebuah sekolah di Jempol, Negeri Sembilan itu sudah menyatakan kesanggupan untuk memikul tanggungjawab terhadap anak perempuan dan cucunya.
"Dalam kes ini, saya bersyukur keluarga mangsa tidak menyisihkannya malah sanggup mengenetepikan emosi bagi memastikan kebajikan kanak-kanak perempuan itu dan bayinya.
"Saya juga telah mengarahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan membantu keluarga itu dalam proses dokumentasi mendapatkan hak penjagaan terhadap bayi berkenaan," katanya.
Terdahulu beliau ditemui selepaskan merasmikan Kempen Derma Darah anjuran Persatuan Insurans Hayat Malaysia di sini hari ini. - KOSMO!

No comments:

Post a Comment