Translate

Saturday, August 8, 2015

Bayi dilahirkan budak 11 tahun dipelihara keluarga sendiri

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KUALA LUMPUR - Bayi lelaki yang dilahirkan kanak-kanak perempuan berusia 11 di sebuah klinik swasta di Kuala Pilah, Negeri Sembilan Rabu lalu akan dipelihara oleh ahli keluarganya sendiri.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, ibu bapa murid tahun lima sebuah sekolah di Jempol, Negeri Sembilan itu sudah menyatakan kesanggupan untuk memikul tanggungjawab menjaga kebajikan cucu termasuk anak perempuannya.

"Saya bersyukur murid perempuan tersebut mendapat sokongan keluarga selepas mereka menyatakan untuk mengambil tanggungjawab dan tidak membiarkan kanak-kanak tiu dan bayinya.

"Kami akan membantu keluarga itu untuk memudahkan proses dokumentasi hak penjagaan terhadap bayi berkenaan," katanya selepas merasmikan Kempen Derma Darah anjuran Persatuan Insurans Hayat Malaysia di lobi Medan Majlis Amanah Rakyat di sini semalam.

Rohani berkata, kes tersebut perlu dijadikan iktibar kepada ibu bapa di negara ini dalam membesarkan anak terutama zuriat perempuan.

No comments:

Post a Comment