Translate
Thursday, August 6, 2015
Kesudahan misteri MH370 semakin hampir
PARIS - Pejabat Pendakwa Raya di Perancis membuat kenyataan berhubung penemuan serpihan pesawat disyaki milik Boeing 777 yang ditemui di Pulau Reunion dekat Madagascar di Lautan Hindi baru-baru ini pada pukul 8 malam tadi waktu tempatan (pukul 2 pagi Khamis waktu Malaysia).
Menurut agensi itu, Timbalan Pendakwa Raya Paris, Serge Mackowiak mengadakan sidang akhbar berhubung keputusan penemuan serpihan itu yang berkaitan dengan kehilangan pesawat MH370.
Di Kuala Lumpur, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengikuti perkembangan terkini analisis itu sehingga tengah malam tadi ketika para pegawai Malaysia berada di Tolouse, Perancis untuk terlibat dalam usaha mengesahkan serpihan pesawat Boeing 777 yang ditemui di pantai Pulau Reunion milik Perancis di Lautan Hindi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment