Translate

Thursday, August 20, 2015

5,000 tetamu meriahkan rumah terbuka Nafas


MERIAH. Seramai kira-kira 5,000 tetamu hadir pada majlis Ramah Mesra Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) di Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
Program sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri itu dimeriahkan dengan kehadiran Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Pengerusi Jemaah Pengarah Nafas, Datuk Seri Saipolbahari Suib berkata, selain pelbagai juadah enak, tetamu yang terdiri daripada rakan perniagaan, ahli pertubuhan dan pengamal media turut dijamu dengan buah-buahan tempatan seperti durian, pulasan, duku dan rambutan.

No comments:

Post a Comment