Translate

Tuesday, August 11, 2015

Nafas umum dividen 10 peratus

Oleh MOHD. AZLI ADLAN
PETALING JAYA - Persatuan Peladang Kebangsaan (Nafas) mengumumkan agihan dividen sebanyak 10 peratus untuk Skim Pelaburan Khas Peladang - Dana Peladang Kebangsaan (SPKP-DPK).
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, dividen berjumlah keseluruhan RM6 juta itu akan diagih-agihkan kepada seluruh persatuan peladang dan individu.
"Dua tahun berturut-turut Nafas dapat memberikan dividen SPKP-DPK sebanyak 10 peratus.
"Ia merupakan pencapaian membanggakan kerana DPK baru tiga tahun beroperasi," katanya ketika mengumumkan dividen tersebut di bangunan Nafas di Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara di sini hari ini. - KOSMO!

No comments:

Post a Comment