Translate

Sunday, August 16, 2015

Capai sasaran kurangkan import

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

PETALING JAYA - Sasaran meningkatkan pengeluaran bahan makanan tempatan bagi mengurangkan kebergantungan terhadap import sebagai jaminan bekalan makanan kepada penduduk tempatan telah hampir tercapai.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, buat masa ini, pengeluaran dalam negara kebanyakan makanan asasi seperti beras, sumber protein seperti daging ayam, itik dan ikan telah menghampiri kadar mencukupi bagi keperluan domestik.

“Pengeluaran beras oleh petani tempatan adalah mencukupi berikutan pembukaan banyak jelapang padi baharu di Sarawak dan Terengganu. Kita cuma mengimport beras jenis premium seperti brasmati dan Siam bagi memenuhi permintaan pengguna.

“Setakat ini, kita hanya kekurangan bekalan daging lembu dan kambing. Kita masih bergantung kira-kira 70 peratus bekalan sumber protein itu daripada luar negara,” katanya selepas menghadiri Program Ramah Mesra Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) di Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara di sini semalam.

Hadir sama, Pengerusi Jemaah Pengarah Nafas, Datuk Seri Saipolbahari Suib.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Shabery mengumumkan agihan dividen tahunan sebanyak 10 peratus untuk Skim Pelaburan Khas Peladang - Dana Peladang Kebangsaan (SPKP-DPK).

Beliau berkata, dividen berjumlah keseluruhan RM6 juta itu akan diagih-agihkan kepada 100,000 pencarum yang juga merupakan ahli Nafas di seluruh negara.

No comments:

Post a Comment