Translate
Thursday, January 31, 2013
Bermesra dengan ular jinak di Lost World of Tambun
IPOH - Bersempena sambutan Tahun Baru Cina, Lost World of Tambun ( LWOT ) akan menampilkan koleksi lebih daripada 50 jenis ular untuk dipamerkan selama tiga hari di taman tema air itu bermula 10 Februari ini.
Pengurus Besarnya, Calvin Ho berkata, sepanjang tempoh berkenaan, para pengunjung boleh bermain dan bermesra dengan koleksi ular jinak itu.
"Penerangan tentang ular juga akan diberikan bagi mendidik orang ramai khususnya golongan muda untuk memahami dan menghargai pola kehidupan haiwan reptilia tersebut," katanya pada sidang akhbar sempena pameran ular di sini semalam.
Ho menjelaskan, antara ular yang akan dipamerkan ialah ular tedung selar sepanjang hampir empat meter, anakonda kuning, ular sawa albino dan ular sawa Burma.
Katanya, selain di zoo mini, sebahagian daripada ular - ular berkenaan akan ditempatkan di Gua Kempura di taman tema itu bagi membolehkan pengunjung dapat merasai suasana berada di kawasan habitat sebenar reptilia berkenaan.
"Lebih menarik lagi, para pengunjung juga boleh menikmati kek cawan ular yang boleh didapati secara eksklusif di Restoran Waves yang terdapat di LWOT . Selain itu, pelbagai cenderahati yang bercirikan tahun ular seperti baju juga dijual," katanya.
Labels:
ekonomi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment