Translate
Wednesday, January 2, 2013
LWOT sasar 720,000 pengunjung 2013
Oleh MOHD. AZLI ADLAN
azli. adlan @kosmo.com.my
IPOH - Taman tema air popular di sini, Lost World of Tambun ( LWOT ) menyasarkan untuk menerima kunjungan sehingga 720,000 orang pada tahun ini.
Pengurus Besar LWOT , Calvin Ho berkata, sasaran itu merupakan penambahan sebanyak 25 peratus daripada jumlah pengunjungnya pada tahun lalu sebanyak 600,000 orang.
"Kami positif untuk mencapai sasaran tersebut setelah mencapai penambahan 100,000 pengunjung pada tahun lalu berbanding cuma 500,000 orang pada 2011.
"Selain promosi yang berterusan, faktor penganjuran Tahun Melawat Perak 2012 dan Tahun Melawat Malaysia 2013 bakal menjadi faktor untuk meningkatkan statistik pengunjung ke taman tema ini," katanya kepada Kosmo! ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Sebagai usaha untuk menarik lebih banyak pelanggan dan meningkatkan jenamanya di pasaran semasa, Ho menjelaskan, LWOT akan menambah satu lagi tarikan baharu iaitu permainan roller coaster yang dijangka beroperasi menjelang sambutan Tahun Baru Cina pada awal Februari ini.
Menurutnya, permainan roller coaster itu 'mesra alam' dan tidak mendebarkan kerana ia bersesuaian untuk pengunjung menikmati pemandangan damai landskap LWOT yang dikelilingi tasik, hutan, bukit dan gua menghijau.
"Tarikan baharu ini lebih santai berbanding roller coaster yang terdapat pada taman tema lain kerana ia bermatlamat untuk memberi keriangan kepada seisi keluarga termasuk kanak-kanak," katanya.
Labels:
ekonomi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment