Translate
Tuesday, January 15, 2013
Dua lelaki serang polis cedera ditembak
IPOH - Tindakan agresif dua lelaki bermotosikal menyerang polis dengan parang ketika hendak diperiksa berakhir dengan mereka cedera ditembak di Taman Sejati, Sitiawan dekat sini semalam.
Kejadian pukul 1 pagi itu berlaku apabila anggota polis berkenaan terserempak dengan suspek berusia 27 tahun dan 29 tahun tersebut selepas mereka menetak dua lelaki lain di sebuah premis hiburan berhampiran.
Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A. Paramasivam berkata, suspek yang menaiki sebuah motosikal bukan sahaja enggan berhenti malah mereka cuba melibas polis dengan parang.
"Anggota yang ingin mempertahankan diri kemudian telah melepaskan empat das tembakan. Seorang suspek cedera di kaki manakala rakannya cedera di kaki dan punggung," katanya pada sidang akhbar di sini.
Tambahnya, siasatan polis mendapati terdapat seorang lagi rakan suspek yang turut terlibat menetak dua mangsa berusia 54 dan 30 tahun tersebut namun dia berjaya melarikan diri.
Menurut Paramasivam, kedua-dua mangsa cedera di kepala dan kini dirawat di Hospital Seri Manjung dekat sini. Motif serangan sedang disiasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 324 dan 307 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan cedera parah dan cubaan membunuh anggota polis.
Labels:
jenayah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment