Translate

Friday, January 6, 2017

Mangsa banjir Terengganu menurun 2,195 orang

KUALA TERENGGANU - Jumlah mangsa banjir yang masih ditempatkan di pusat pemindahan di Terengganu semakin menurun kepada 2,195 orang.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Terengganu, Che Adam A. Rahman berkata, pusat-pusat pemindahan di Besut dan Setiu sudah ditutup sepenuhnya masing-masing malam semalam dan pukul 10 pagi tadi.
"Setakat ini hanya 21 pusat pemindahan masih dibuka enam daerah di seluruh Terengganu dengan menempatkan 573 keluarga.
"Daerah Hulu Terengganu paling ramai mangsa banjir yang masih ditempatkan di pusar pemindahan iaitu 625 orang diikuti Dungun (448), Kuala Terengganu (435) dan Kuala Nerus (411)," katanya. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment