KUALA LANGAT - Kementerian Pendidikan bercadang untuk menaik taraf dua buah lagi politeknik sebagai politeknik premier pada tahun ini.
Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik , Kementerian Pendidikan, Datuk Mohlis Jaafar berkata, status politeknik premier memberi kuasa autonomi kepada pengurusan politeknik untuk mengubahsuai 30 peratus modul pembelajaran khususnya dalam subjek kebitaraan selain menawarkan kursus di peringkat ijazah sarjana muda.
Katanya, sebelum ini tiga buah politeknik telah menerima status premier iaitu Politeknik Ungku Omar, Perak; Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Selangor dan Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), Johor.
"Berikutan keputusan penarafan politeknik (Polyrate) 2013 yang telah diumumkan baru-baru ini, kita menyasar sekurang-kurangnya dua lagi politeknik yang cemerlang untuk diiktiraf sebagai politeknik premier pada tahun ini.
"Lebih membanggakan, keputusan Polyrate 2013 lebih baik berbanding penarafan tahun 2011 dengan tiga buah politeknik mencapai tahap Tier Enam iaitu Terbilang," katanya di sini semalam.
No comments:
Post a Comment