Translate

Wednesday, September 2, 2026

Pasangan kekasih didakwa rompak warga emas

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

SETIU – Seorang penganggur dan teman wanitanya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan di Jerteh, Besut pada bulan lalu.

Kedua-dua tertuduh, Mohd. Hasni Mohd. Rezki Ramli, 41, dan Mastura Idayu Ramalai, 34, membuat pengakuan tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Fadhli Mahmud.

Berdasarkan pertuduhan, mereka didakwa melakukan rompakan berkumpulan terhadap mangsa yang seorang wanita warga emas berusia 68 tahun di sebuah rumah Kampung Bukit Cina, Jertih, Besut.

Mohd. Hasni dan Mastura Idayu didakwa merompak seutas rantai leher emas milik mangsa pada pukul 11.30 pagi, 27 Julai lalu.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan mereka masing-masing dibebaskan dengan wang jaminan RM10,000 dan seorang penjamin. Sebutan semula kes ditetapkan pada 8 September depan. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment