Translate

Friday, July 26, 2024

Beli petrol guna kad pengenalan nelayan

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KEMAMAN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) melumpuhkan kegiatan menyeleweng petrol dengan menyimpan bekalan bahan api itu secara berlebihan tanpa kebenaran yang didalangi nelayan di Kuala Kemaman di sini semalam.

Dalam serbuan pada pukul 1 tengah hari itu, sebanyak 64 tong plastik berisi petrol dengan anggaran 1,920 liter dirampas.

Pengarah KPDN Terengganu, Saharuddin Mohd. Kia berkata, serbuan dilakukan di sebuah premis yang menjadi stor penyimpanan petrol setelah mendapat aduan daripada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Terengganu.

Beliau berkata, serbuan berjaya menjumpai 64 tong plastik berisi minyak petrol bernilai RM3,168.

“Siasatan awal percaya modus operandi digunakan ialah dengan membeli petrol di stesen minyak dengan menggunakan kad pengenalan nelayan.

“Penyimpanan petrol di dalam stor tersebut tidak mendapat kebenaran Pengawal Bekalan sedangkan ia merupakan barang kawalan,” katanya di sini hari ini.

Siasatan mendapati bekalan petrol itu digunakan untuk bot-bot nelayan. Seorang lelaki yang merupakan nelayan tempatan berusia dalam lingkungan 30-an ditahan bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment