Translate

Friday, July 26, 2024

Pelancong Maghribi ditahan mencabul pekerja spa Pulau Perhentian

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

BESUT – Seorang ahli terapi wanita trauma apabila mendakwa dicabul seorang pelancong lelaki warga Maghribi di sebuah spa di Pulau Perhentian di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, perbuatan tersebut didakwa berlaku sewaktu mangsa berusia 19 tahun sedang memberikan perkhidmatan urutan terhadap suspek.

“Mangsa mendakwa telah dicabul oleh pelancong asing terbabit yang berusia 20-an.

“Tindakan menahan suspek terus dilakukan sebaik aduan diterima daripada wanita itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Abdul Rozak berkata, setakat ini, ujian air kencing mendapati pelacong lelaki warga Maghribi terbabit bebas daripada pengaruh dadah.

Beliau berkata, suspek telah direman selama empat hari sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment