PETALING JAYA - Penduduk yang tinggal di kawasan terdedah tanah runtuh dihantui rasa bimbang dan ketakutan setiap kali hujan lebat kerana masih trauma dengan kejadian yang menimpa mereka sebelum ini.
Di Ampang, Selangor, penduduk di Kemensah Heights dikenali sebagai Bakhtiar Kamal, 53, berkata, setiap kali hujan lebat dia tidak tidur nyenyak kerana bimbang berlakunya kejadian runtuhan tanah.
"Saya menetap di kawasan ini sejak 22 tahun lalu. Sejak akhir-akhir ini berlaku hujan lebat jadi runtuhan boleh berlaku pada bila-bila masa.
"Rumah saya terletak bersebelahan bukit menyebabkan kami sekeluarga lebih berhati-hati dan berdoa agar tidak berlaku kejadian tidan diingini," katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.
Menurut Bakhtiar, bukit yang terletak di belakang rumahnya itu pernah runtuh tahun ini menyebabkan dia sekeluarga sentiasa berjaga-jaga.
Sementara itu, Ramzi Suhaimi, 42, memberitahu, kebanyakan penduduk di Kemensah Heights yang tinggal di lereng bukit dan baru-baru ini berlaku kejadian tanah runtuh menyebabkan beberapa keluarga terjejas.
"Hujan lebat berterusan menyebabkan struktur tanah tidak stabil seterusnya menyumbang kepada kejadian itu," katanya.
Pada 19 September lalu, berlaku runtuhan tanah sehingga menyebbabkan 19 rumah teres di Jalan Kemensah Heights terjejas dipercayai akibat pergerakan aliran air bawah tanah ekoran hujan lebat.
Sementara itu di Raub, Pahang, Tok Batin Kampung Orang Asli Kampung Bukit Telaga, Ah Sai Anjak berkata, kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang kerap berlaku di laluan menuju ke Bukit Fraser setiap kali hujan lebat.
"Kami pernah terputus hubungan akibat tanah runtuh dan berjaga malam untuk membersihkan sisa runtuhan," katanya semalam.
Dalam pada itu, penduduk di Cameron Highlandsm, Amran Arof, 50, menceritakan kejadian tanah runtuh yang berlaku setiap tahun di kawasan tempat tinggalnya boleh menjejaskan kawasan rumah didiami mereka.
"Saya harap kerajaan dapat atasi segera kerana ia bukan sahaja berisiko malah menjadi bebanan buat penduduk," katanya.
Di Terengganu, penduduk Kampung Alor Pak Bang, Imran Ismail, 49, berkata, kejadian tanah runtuh yang meranapkan tembok pagar dan sistem perparitan rumahnya pada tahun lalu masih lagi membayangi keluarganya sehingga kini.
"Insiden tanah runtuh itu menyebabkan saya sekeluarga kerugian lebih RM40,000.
"Buat masa ini, secara luaran tiadak kesan tanah runtuh tetapi bahagian dalam kita tidak tahu," katanya.
No comments:
Post a Comment