Translate

Monday, July 8, 2024

Tertimbus ketika gali emas dalam hujan

 

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

SETIU - Seorang penternak lembu maut tertimbus di dalam lubang yang digalinya dipercayai untuk melombong emas di Kampung Air Sejuk di sini kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 5.10 petang itu, mangsa, Mohd. Johari Mohd. Asri, 34, gagal menyelamatkan diri selepas tanah digalinya sedalam kira-kira 3.05 meter tiba-tiba runtuh lalu menimbusnya.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin berkata, sebelum kejadian, Mohd. Johari yang berasal dari Kampung Guntung Dalam di sini dipercayai sedang menjalankan kerja-kerja melombong emas di sebuah tanah kerajaan di pinggir sebuah kebun getah bersama bapa tirinya, Mohd. Salberi Ismail, 60-an.

"Kejadian berlaku selepas hujan lebat yang dipercayai telah menyebabkan struktur tanah liat dan berpasir di kawasan tersebut menjadi lembut.

"Runtuhan berlaku menyebabkan pengadu (Mohd. Salberi) panik dan telah keluar dari kawasan perlombongan itu ke arah jalan (Jalan Kuala Terengganu-Kota Bahru) untuk meminta pertolongan," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Afandi berkata, sepasukan anggota polis dan bimba bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat daripada orang awam pada pukul 5.20 petang.

Tambah beliau, sebauh jentolak terpaksa digunakan dalam operasi mencari dan menyelamat Mohd. Johari memandangkan mangsa tertimbus agak dalam.

"Kedudukan mangsa di dalam runtuhan tanah berjaya dikenal pasti pada pukul 7 malam sebelum dia berjaya dikeluarkan setengah jam kemudian.

"Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Setiu di sini untuk dibedah siasat. Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut," katanya.

Sementara itu, adik keempat mangsa, Muhamamd Shahrul Nizam Mohd. Salberi, 20-an berkata, sewaktu kejadian, abang sulungnya, Mohd. Johari melombong emas bersama ibubapanya, Rohani Mohd. Nor. 50-an dan Mohd. Salberi.

Katanya, tiga beranak tersebut mencari meas di lokasi kejadian sebagai pendapatan sampingan sejak beberapa tahun lalu.

"Biasanya dalam setahun, mereka akan melombong dalam satu, dua kali sahaja. Saya difahamkan hasilnya tidak lah banyak.

"Sebelum ini, tidak pernah berlaku kejadian tidak diingini. Saya yang menetap di Cameron Highlands, Pahang bergegas pulang ke kampung sebaik menerima berita buruk itu," katanya ketika ditemui di rumah keluarganya di Kampung Guntung Dalam di sini semalam.

Muhamamd Shahrul Nizam berkata, jenazah Mohd. Johari yang juga bapa kepada dua anak berusia dua dan lapan tahun dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Guntung Dalam.

Dalam pada itu, Mohd. Salberi dan Rohani enggan ditemu bual kerana terlalu trauma dengan insiden yang berlaku depan mata mereka.

Sementarai itu, Pejabat Tanah dan Daerah Setiu telah menutup serta-merta kawasan cari gali emas tersebut,






No comments:

Post a Comment