Translate

Monday, December 7, 2020

Mayat reput terdampar di Pantai Kekabu

Oleh MOHD AZLI ADLAN

MARANG – Pengunjung taman rekreasi Pulau Kekabu di sini gempar dengan penemuan satu mayat reput yang terdampar di tepi pantai berkenaan semalam.

Mayat lelaki yang hanya memakai seluar pendek itu ditemui di pantai tersebut pada pukul 3.30 petang.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superitendan Mohd. Zain Mat Dris berkata, pemeriksaan awal mendapati mayat itu sudah mereput dengan sebahagian anggota badannya telah hilang.

“Berdasarkan fizikalnya, kita percaya mayat tanpa identiti tersebut bukan warga negara tempatan.

“Ia dipercayai telah dihanyutkan arus laut sebelum terdampar di Pantai Kekabu di sini,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Zain berkata, mayat itu telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk dibedah siasat.

Beliau berkata, setakat ini penemuan mayat berkenaan telah diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment