KUALA TERENGGANU – Pengusaha Warung Nasi Dagang Kak Ros yang terletak di Kampung Atas Tol di sini menjamu kira-kira 3,500 pelanggannya dengan makanan tradisional terbabit secara percuma sempena menyambut ketibaan bulan Ramadan semalam.
Rohana Yusoff, 43, berkata, sebanyak 108 kilogram (kg) nasi dan 200kg ikan tongkol yang disediakan bagi menyediakan nasi dagang terbabit habis dalam tempoh empat jam selepas warungnya dibuka pada pukul 6.30 pagi.
Beliau berkata, selain itu pihaknya turut menyediakan 18kg nasi lemak dan 80kg laksa untuk dinikmati secara percuma oleh pelanggan.
“Amalan mengadakan jamuan percuma ini sehari sebelum ketibaan Ramadan merupakan tradisi Warung Nasi Dagang Kak Ros sejak lima tahun lalu.
“Ia sebagai tanda kesyukuran dan penghargaan kepada pelanggan setia yang tidak putus-putus memberi sokongan sejak warung ini mula beroperasi 10 tahun lalu,” katanya ketika ditemui Kosmo! di warungnya semalam.
No comments:
Post a Comment