MENGIMBAU NOSTALGIA. Sebanyak 20 bekas murid Special Malay Class
(SMC) Sekolah Rendah Inggeris Tapah yang terpisah lebih 45 tahun bertemu
semula pada majlis perjumpaan di Rumah Rehat Tapah, Perak baru-baru
ini.
Penganjur program, Datuk Abdullah Sani Juraimi berkata, beliau
mengambil masa dua bulan untuk mengumpulkan semula rakan sekelasnya.
Abdullah yang juga bekas Ketua Kelas SMC sekolah terbabit yang kini
dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Satu Tapah memberitahu, beliau telah
menggunakan kemudahan laman rangkaian sosial, Facebook untuk menjejak
rakan-rakannya.
"Selain beramah mesra, kami turut mengadakan majlis tahlil untuk
disedekah kepada tujuh orang rakan sekelas yang telah meninggal dunia,"
katanya.
No comments:
Post a Comment