KAWAL. Sebuah bit polis dua tingkat dibuka di lokasi pasar larut malam, Gerbang Malam, Ipoh, Perak baru-baru ini.
Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim berkata, premis yang
menempatkan ruang pejabat dan menara tinjau itu dibina Majlis Bandaraya
Ipoh (MBI) dengan kos RM33,000 bagi kegunaan anggota Polis Diraja
Malaysia (PDRM).
Beliau memberitahu, pembinaan bit polis tersebut merupakan kerjasama
strategik antara MBI dan PDRM dalam usaha mengurangkan kadar jenayah di
bandar raya Ipoh.
"Ia secara tidak langsung memberi keselesaan kepada pengunjung
Gerbang Malam untuk beli-belah dan bersiar-siar tanpa bimbang dengan
gangguan keselamatan," katanya.
Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof.
No comments:
Post a Comment