Translate

Tuesday, September 1, 2009

Sah saudara Ngah Ibrahim


Oleh MOHD. AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my

IPOH - Seorang waris Orang Kaya Menteri Paduka Tuan Ngah Ibrahim, Wan Rashidi Wan Ibrahim tidak menolak kemungkinan keluarga Shukarnor Abdul Mutalib adalah keturunan pembesar negeri Perak itu.

Wan Rashidi yang pernah mengelolakan Perjumpaan Pewaris Ngah Ibrahim pada 2007 berkata, dakwaan Shukarnor bahawa keturunan Ngah Lamat ada kaitan dengan Ngah Ibrahim diakui ada kebenarannya.

"Ngah Lamat ialah bapa saudara Ngah Ibrahim. Boleh saya katakan hubungan kekeluargaan antara kami dengan mereka (keluarga Kartika) ada tetapi mungkin terlalu jauh,'' katanya ketika dihubungi di sini semalam

Beliau bagaimanapun tidak mahu masuk campur kes melibatkan Kartika yang dikenakan hukuman sebat atas kesalahan minum arak.



Sementara itu Shukarnor Abdul Mutalib, 60, memberitahu nama Kartika Sari Dewi dipilih kerana beliau mengagumi karisma Presiden Indonesia pertama, Sukarno.

Menurutnya, nama Kartika diambil sempena anak perem puan pemimpin ulung itu Ratna Sari Dewi Sukarno yang ibunya berasal dari Jepun.

"Malah bukan sahaja Kartika, malah dua abang dan kakak dia yang lain iaitu Ratna Sari Dewi dan Subandrio juga dinamakan sempena nama keluarga Sukarno.

"Tapi kami berketurunan Melayu Perak tulen, bukan Jawa," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Akhbar semalam melaporkan keluarga Kartika mendedahkan mereka merupakan keturunan Ngah Ibrahim dari sebelah bapanya sementara ibunya, Wan Badariah Meor Abdul Salim, 53, adalah waris Megat Terawis.

Pendedahan itu sebagai menjawab tohmahan segelintir ma syarakat yang mengatakan kononnya keluarganya rakyat asing.

Shukarnor berkata, tujuannya mengumumkan asal-usul ke luarganya bukan untuk mendabik dada mahupun berbangga mengenai keturunannya tetapi untuk membetulkan tanggapan salah segelintir individu.

1 comment:

  1. apa-apa sajelah....cuma nak tanya nape keturunan meor boleh pakai gelaran 'wan' macam kani dari susurgalur dari Patani...

    p/s: sedang kaji ni...

    ReplyDelete