Oleh MOHD.AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my
azli.adlan@kosmo.com.my
KAMPUNG GAJAH - Kehadiran Syawal kali ini begitu bermakna buat pasangan Mohd. Yusof Mohd. Ibrahim, 50, dan Latifah Mohd. Sabri, 48, setelah mereka ditimpa ujian hampir kehilangan anak tunggal kira-kira dua bulan lalu.
Mohd. Yusof dari Taman Bunga Raya, Tapah dekat sini berkata, setelah pulang ke pangkuan keluarga selepas lari dari rumah selama beberapa hari, anaknya, Nur Fazilah Mohd. Yusof, 16, atau Dilla kini telah insaf dan semakin berubah.
"Sepanjang Ramadan ini, kami mengambil kesempatan untuk merapatkan semula hubungan kekeluargaan pernah ‘terguris’ sebelum ini.
"Alhamdulilah Dilla semakin berubah, peristiwa ‘hitam’ ter sebut benar-benar menjadi pengajaran kepada kami sekeluarga. Saya gembira kini keluarga ini kembali ceria," katanya ketika ditemui di kampungnya di Kampung Baru Kampung Gajah di sini semalam.
Kosmo! 9 Julai lalu melaporkan Dilla kembali ke pangkuan keluarga setelah lapan hari melarikan diri bersama teman lelakinya yang dikenali sebagai ‘Hadi’ ke Kuala Lumpur.
Kehilangan pelajar tingkatan empat itu memberi kesan besar kepada kedua ibu bapanya sehingga ibunya, Latifah yang tertekan telah pengsan di hadapan sekumpulan pemberita ketika sedang membuat sidang media memohon hebahan me ngesan Dilla.
Mohd. Yusof memberitahu, beliau bersyukur Dilla telah sedar dan juga memutuskan hubungan dengan ‘Hadi’ selepas kejadian tersebut.
Menurutnya, beliau dan isterinya juga sanggup melupakan peristiwa berkenaan dan memberi peluang kedua kepada Dilla.
No comments:
Post a Comment