Translate

Wednesday, September 16, 2009

MSN Perak bela nasib atlet


MAJLIS Sukan Negara (MSN) Perak melancarkan Tabung Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) peringkat negeri semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan negeri, Zainol Padzi Paharudin berkata, pelancaran tabung berkenaan bertujuan untuk turut bersama-sama yayasan terbabit membela nasib bekas atlet negara.

"Jasa bekas atlet mahupun atlet masa kini yang menabur bakti mengharum negara dalam bidang sukan tidak harus dilupakan.
"Diharapkan pelancaran tabung ini dapat membantu Yakeb memberi perlindungan kepada atlet terbabit," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan tabung berkenaan dalam majlis yang turut dihadiri Pengarah MSN Perak, Meor Ismail Meor Akim di Wisma MSN Perak, Ipoh semalam.
Zainol Padzi menyerahkan sumbangan awal tabung berkenaan berjumlah kira- kira RM700 yang dikutip di antara kakitangan MSN Perak sebelum diserahkan kepada wakil Yakeb, Jailani Sidek yang juga bekas jaguh badminton negara.

Beliau berkata, tabung berkenaan akan dibawa ke kawasan tumpuan ramai di setiap daerah di negeri ini dalam masa terdekat bagi membolehkan masyarakat turut menderma.
Dalam perkembangan lain, Zainol Padzi turut mengumumkan kerajaan negeri telah bersetuju untuk memberi insentif wang tunai RM10,000 kepada penerjun papan anjal negara kelahiran Perak, Leong Mun Yee.

Dia yang bergandingan dengan Pendelela Rinong berjaya merangkul pingat gangsa dalam acara papan anjal tiga meter pada Kejohanan Dunia baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment