Persatuan Keturunan Megat Terawis dakwa Wan Badariah bukan waris
Oleh MAZLINA ABDUL MAJID dan MOHD. AZLI ADLAN
berita@kosmo.com.my
KUALA LUMPUR - Persatuan Keturunan Megat Terawis Malaysia mencabar keluarga Kartika Sari Dewi Shukarnor supaya mengemukakan bukti bahawa ibunya, Wan Badariah Meor Abdul Salim, 53, berasal dari keturunan mereka.
Menurut setiausaha persatuan itu, Megat Iskandar Megat Zaharuddin, jika mereka gagal berbuat demikian, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap keluarga terbabit.
"Tindakan undang-undang dibuat kerana mereka telah mengaitkan susur galur yang diterajui oleh persatuan ini dengan keluarga beliau yang dilihat semata-mata ingin membuktikan 'kerakyatannya' kepada orang ramai,'' katanya dalam satu kenyataan media semalam.
Memetik laporan akhbar baru-baru ini, keluarga Kartika mendedahkan mereka merupakan keturunan Ngah Ibrahim daripada sebelah bapanya, Shukarnor Abdul Mutalib sementara ibunya, Wan Badariah adalah waris kepada Megat Terawis.
Shukarnor telah bertindak mengeluarkan kenyataan itu setelah mendapati ada segelintir individu termasuk 'cakap-cakap' di laman blog yang mendakwa mereka berasal dari negara jiran.
Kartika yang juga merupakan model sambilan mendapat laporan meluas media setelah menjadi wanita pertama di Malaysia yang akan disebat atas kesalahan meminum arak dan keadaan menjadi sensasi apabila hukuman itu ditangguhkan ditambah dengan ‘campur tangan’ banyak pihak.
Mengulas lanjut, Megat Iskandar berkata, alasan utama tuntutannya itu berdasarkan maklumat salasilah yang di kemaskini dan diselenggara persatuan tidak pernah mere kodkan cabang susur galur seperti yang disiarkan di akhbar baru-baru ini.
Jelasnya, persatuan itu merupakan sebuah persatuan ke luarga yang dianggotai secara eksklusif oleh keturunan Megat Terawis iaitu Orang Kaya Bendahara Perak.
``Memandangkan keluarga sudah pun menyentuh salasilah ibunya dengan Megat Terawis, maka pihak persatuan mohon bukti,’’ ujar beliau.
Bagaimanapun, Megat Iskandar berkata, jika pihak keluarga Kartika dapat mengemukakan bukti yang sahih mengenai salasilah ibunya dengan Megat Terawis adalah Bendahara Perak, persatuan akan menerimanya dan serta merta me ngesahkannya.
No comments:
Post a Comment