Translate

Friday, September 4, 2009

'Opah kami keturunan Megat Hitam'

IPOH - Keluarga Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, bersedia untuk membuktikan salasilah ibunya, Wan Badariah Meor Abdul Salim, 53, sememangnya berasal daripada keturunan Bendahara Seri Maharaja Megat Terawis.

Kakak Kartika, Ratna Sari Dewi, 34, berkata, keluarganya juga sanggup bersemuka dengan Setiausaha Persatuan Keturunan Megat Terawis Malaysia, Megat Iskandar Megat Zaharuddin bagi tujuan tersebut.

"Memang opah (nenek) kami bernama Puteri Rahmah dari keturunan Megat Hitam yang merupakan waris Megat Terawis.

"Mungkin sebab keturunan Megat Terawis semakin ramai hingga susur galur kini terlalu ‘rimbun’ hingga keturunan kami terlepas pandang. Namun kami bersedia untuk bersemuka dan membuktikan kebenaran salasilah keluarga," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Beliau berkata demikian mengulas cabaran Persatuan Keturunan Megat Terawis Malaysia yang mencabar keluarganya supaya mengemukakan bukti yang mengesahkan ibunya, Wan Badariah Meor Abdul Salim, 53, berasal daripada keturunan Bendahara Perak itu.

Setiausaha persatuan tersebut, Megat Iskandar Megat Zaharuddin mendakwa, berdasarkan kepada maklumat salasilah yang dikemaskini dan diselenggara oleh persatuannya tidak pernah merekodkan cabang susur galur keturunan Megat Terawis seperti didakwa oleh keluarga Kartika.

Ratna juga mencadangkan agar Megat Iskandar atau wakil Persatuan Keturunan Megat Terawis Malaysia bertemu dengan keluarganya di kediaman mereka di Kampung Jawang, Karai, Kuala Kangsar dekat sini.

Beliau berkata, selain keluarganya ramai lagi penduduk di kampung itu adalah keturunan Megat Terawis, Bendahara pertama negeri Perak yang dikenali dengan gelaran Orang Kaya Bendahara Paduka Raja.

No comments:

Post a Comment