BIDOR - Seramai 6,804 pelatih yang didapati ingkar untuk menghadiri Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) diberi peluang terakhir untuk menghadiri sesi latihan awal tahun depan jika mahu mengelak hukuman khidmat masyarakat selama 240 jam.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, jika mereka terus ingkar, perintah melaksanakan hukuman khidmat masyarakat dengan mengikut pindaan Akta Latihan Khidmat Negara 2003 itu akan terus dikuatkuasakan.
"Selepas ini tidak ada lagi kelonggaran, kita dah ganti hukuman penjara dan denda dengan perintah khidmat masyarakatm jadi kita harap para pelatih ingkar itu menghargai langkah ini," ujarnya.
Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas majlis perasamian penutup PLKN Siri 6/2009 di Kem PLKN Nilam Ehsan di sini ssemalam.
Ketua Pengarah JLKN, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil turut hadir pada majlis perasmian penutup berkenaan yang disertai seramai 750 orang pelatih dari Kem PLKN Nilam Ehsan, Bidor; Kem PLKN Sinaran Suria, Sungkai dan Kem PLKN Sentosa, Tapah serta turut berjalan serentak di 83 Kem PLKN di seluruh negara.
Seramai 86,969 pelatih seluruh negara mengikuti PLKN Siri 6/2009 yang berlangsung sepanjang tahun ini.
No comments:
Post a Comment