Translate

Thursday, September 17, 2009

Penumpang KTMB dapat dodol percuma


PERCUMA. Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengedarkan hampir 2,000 peket dodol kepada pengguna perkhidmatan keretapi Ipoh-Kuala Lumpur di Stesen Keretapi Ipoh semalam.

Program tahunan KTMB kali kedua sempena sambutan Aidilfitri itu dilancarkan oleh Pengurus Besar Perkhidmatan Barang KTMB, Mohd. Zain Mat Taha.

Beliau berkata, dodol tersebut dimasak sendiri oleh kira-kira 90 kakitangan KTMB secara gotong-royong di pekarangan stesen keretapi berkenaan bermula pukul 10 pagi.

"Pada tahun ini kami memasak lapan kawah dodol yang kemudian diisi dalam kira-kira 2,000 peket dan diedarkan kepada pengguna perkhidmatan kami mulai 5.45 petang," katanya.

No comments:

Post a Comment