Translate

Tuesday, September 8, 2009

Tower Regency beri diskaun 50 peratus bufet berbuka puasa



MOHD.AZLI ADLAN


IPOH - Hotel Tower Regency di sini menampilkan bufet berkonsepkan ’Budaya Melayu’ sempena Ramadan kali ini.

Pengurus Makanan dan Minumannya, Syed Nazri Nizam Syed Mohd. Bakri berkata, sebanyak 60 menu berciri Melayu Tradisional akan disajikan setiap hari sepanjang promosi ter sebut.

Antara sajian yang bakal dihidangkan dalam bufet tersebut ialah masak lemak cili api ikan patin, laksa asam, kurma daging, rendang ayam, sambal udang petai, sup ekor, sup gear box, roti jala dan ikan bakar.

“Kami memilih sajian ala Melayu kerana percaya menu tersebut mampu memenuhi cita rasa pengunjung untuk ber buka puasa di hotel ini,” katanya kepada pemberita pada majlis mempromosikan bufet Ramadan di sini baru-baru ini.

Menurutnya, sajian bufet Ramadan berkenaan akan dise diakan Ketua Chef hotel berkenaan yang berpengalaman, Az man Arifin.

Selain itu, Syed Nazri Nizam menjelaskan Hotel Tower Regency juga menawarkan promosi menarik dengan memberikan potongan harga sebanyak 10 peratus kepada pengunjung hotel berkenaan untuk menikmati bufer berbuka puasa.

"Lebih menarik lagi, pada tiga hari terakhir Rmaadan, kami akan menawarkan potongan sehingga 50 peratus kepada pengunjung yang berbuka di sini," terangnya.

Beliau memberitahu, harga bufet ditawarkan ialah RM39 untuk dewasa dan RM24 untuk kanak-kanak bermula 22 Ogos hingga 20 September depan.

Sebagai usaha meningkatkan jumlah pengunjung ke hotel berkenaan, pihaknya telah mengedarkan risalah mengenai promosi itu di sekitar bandar raya ini.

Menurutnya, tempahan boleh dibuat menerusi talian 05-2086888 sambungan 6148 atau di kaunter khas yang ditempatkan di lobi hotel berkenaan.

No comments:

Post a Comment