Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Air Perak, Datuk Ramly Zahari berkata, program yang diadakan setiap Selasa itu diberi nafas baru dengan melibatkan semua agensi kerajaan negeri.
"Sebelum ini, program Hari Bertemu Pelanggan hanya melibatkan Exco sahaja namun pada kali ini perubahan dilakukan dengan melibatkan semua agensi kerajaan termasuk Unit Perancang Ekonomi Negeri dan Jabatan Kebajikan Masyarat."Selain itu, program ini juga diadakan di kawasan yang lebih terbuka bagi memudahkan rakyat datang membuat aduan atau mengemukakan cadangan kepada kerajaan negeri," katanya yang turut melancarkan portal rasmi kerajaan negeri, www.perak.gov.my pada majlis tersebut.
No comments:
Post a Comment