KUALA SELANGOR - Syarikat pengeluaran palet bahan bakar biomas daripada sisa pelepah kelapa sawit, Detik Aturan Sdn. Bhd. ( Detik Aturan ) bakal memasuki pasaran Korea Selatan pada bulan hadapan.
Pengarah Urusannya, Khairul Annuar Khalid berkata, buat permulaan, 250 tan palet bahan bakar biomas yang bernilai RM1.5 juta akan dieksport ke negara itu pada setiap bulan mulai Julai ini.
"Selain Korea Selatan, kami mengintai peluang untuk menembusi pasaran Jepun dan Eropah terutama di negara-negara yang berada di rantau Balkan.
"Di negara-negara tersebut, palet biomas digunakan secara meluas bagi penjanaan bekalan elektrik terutama bagi pihak industri," katanya.
Beliau berkata demikian selepas mengiringi lawatan kerja Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Mahdzir Khalid di kilang Detik Aturan di Sungai Gulang-Gulang di sini semalam.
Khairul Annuar menjelaskan, Detik Aturan meletakkan sasaran untuk memasarkan dua juta tan palet biomas yang dianggar bernilai RM500 juta setahun menjelang tempoh lima tahun.
Menurut beliau, palet biomas sisa pelepah kelapa sawit kini mula mendapat permintaan dalam kalangan pengusaha industri antarabangsa kerana merupakan salah satu sumber tenaga hijau yang tidak mencemarkan alam sekitar.
"Namun penggunaan palet biomas di dalam negara masih kurang kerana kebanyakan pihak industri tempatan masih bergantung kepada sumber gas, petrol, diesel dan arang batu untuk menjana bekalan elektrik.
"Kita mengharapkan bantuan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air untuk mengembangkan lagi industri palet biomas sisa pelepah kelapa sawit ini," katanya.
Translate
Saturday, June 28, 2014
Detik Aturan eksport palet biomas ke Korea Selatan
Friday, June 27, 2014
Jangan kacau kawasan tadahan air
Oleh MOHD. AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my
KUALA SELANGOR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang terlibat dengan kerja-kerja pembinaan menara talian penghantaran elektrik di Hutan Simpan Kekal Lentang, Bentong, Pahang diingatkan agar tidak mengganggu kawasan tadahan air.
Setiausaha Peka, Bazlinda Bahrin berkata, pihaknya khuatir projek yang bakal merentas laluan sepanjang 20km dan bukaan selebar 100 meter itu akan menyebabkan masalah perubahan mikro cuaca persekitaran serta pencemaran air dan tanah.
Mahdzir berkata, TNB telah diberi kebenaran oleh kerajaan negeri Pahang untuk menggunakan sebahagian daripada Hutan Simpan Kekal Lentang bagi membina dua menara talian penghantaran elektrik.
Menurut beliau, menara talian penghantaran elektrik yang bermula dari selatan Bentong, Pahang itu masing-masing membekalkan bekalan elektrik berkapasiti tinggi ke Lenggeng, Negeri Sembilan dan timur Ampang, Selangor.
"Lokasi itu dipilih berikutan kedudukannya yang strategik, sesuai dengan keperluan tenaga elektrik negara" katanya.
azli.adlan@kosmo.com.my
KUALA SELANGOR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang terlibat dengan kerja-kerja pembinaan menara talian penghantaran elektrik di Hutan Simpan Kekal Lentang, Bentong, Pahang diingatkan agar tidak mengganggu kawasan tadahan air.
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, ia merupakan antara prasyarat penting yang digariskan pihak berkuasa bagi membenarkan projek sejauh 20 kilometer (km) itu dilakukan di hutan simpan berkenaan.
“Setakat ini kita dapati tiada pelanggaran syarat dilakukan TNB terhadap projek tersebut. Pemantauan mendapati tapak pembinaan menara talian penghantaran elektrik itu dilakukan di luar kawasan tadahan air.
“Kawasan tersebut juga memang lokasi pengeluaran balak yang dikendalikan agensi kerajaan negeri Pahang,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melakukan lawatan kerja di kilang pengeluaran palet bahan bakar biomas Detik Aturan Sdn. Bhd. di Sungai Gulang-Gulang di sini semalam.
Beliau mengulas laporan Kosmo! semalam tentang desakan Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka) agar aktiviti penerokaan dan pembalakan di kawasan Hutan Simpan Kekal Lentang, Bentong dihentikan serta-merta dan mereka mahu pakar-pakar mengkaji semula sama ada projek pembinaan menara talian penghantaran TNB sesuai dilaksanakan di kawasan hutan itu.
Mahdzir berkata, TNB telah diberi kebenaran oleh kerajaan negeri Pahang untuk menggunakan sebahagian daripada Hutan Simpan Kekal Lentang bagi membina dua menara talian penghantaran elektrik.
Menurut beliau, menara talian penghantaran elektrik yang bermula dari selatan Bentong, Pahang itu masing-masing membekalkan bekalan elektrik berkapasiti tinggi ke Lenggeng, Negeri Sembilan dan timur Ampang, Selangor.
"Lokasi itu dipilih berikutan kedudukannya yang strategik, sesuai dengan keperluan tenaga elektrik negara" katanya.
Thursday, June 26, 2014
Sindiket seludup diesel subsidi RM500,000 tumpas
PELABUHAN KLANG - Satu sindiket yang dipercayai menjalankan kegiatan menyeludup diesel bersubsidi sebanyak RM500,000 berjaya ditumpaskan penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di Jalan Bagan Hailam, Tanjung Harapan dekat sini hari ini.
Dalam serbuan pada pukul 3 pagi itu, anggota sindiket berkenaan yang terdiri enam lelaki termasuk lima warga Indonesia sedang mengepam 56,000 liter diesel ke dalam sebuah bot tunda di jeti persendirian.
Ketua Pengarah Penguatkuasa KPDNKK, Mohd. Roslan Mahyudin berkata, sindiket berkenaan yang dipercayai beroperasi sejak setahun lalu berselindung di sebalik premis barangan lusuh.
"Modus operandi mereka ialah mendapatkan bekalan diesel subsidi daripada stesen minyak berhampiran dengan menggunakan lori dan van yang diubahsuai.
"Diesel subsidi itu kemudiannya dijual kepada kapal dagang asing yang sedia menunggu di tengah laut," katanya kepada pemberita di sini hari ini. -KOSMO!
Subscribe to:
Posts (Atom)
