Translate

Sunday, August 3, 2014

Puteri UMNO Tanjong Karang lancar Tabung Prihatin Gaza

PRIHATIN. Pergerakan Puteri UMNO Selangor melancarkan Tabung Prihatin Gaza peringkat Tanjong Karang di pekan Tanjong Karang, Selangor baru-baru ini.

Pelancaran tabung tersebut yang bertujuan meringankan penderitaan penduduk Gaza, Palestin yang kini diserang rejim Zionis itu dirasmikan oleh Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar.

Ketua Puteri UMNO Selangor, Salbiah Saari berkata, kepayahan masyarakat Gaza yang teruk ditindas Israel memerlukan pembelaan antarabangsa.

Saturday, August 2, 2014

Ghairah uji senapang angin


Oleh MOHD. AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my


SHAH ALAM – Keghairahan empat suspek untuk menguji senapang angin buatan sendiri yang baru disiapkan dipercayai punca seorang kerani cedera terkena peluru sesat di Jalan Jugra, Taman Banting, Kuala Langat Rabu lalu.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abd. Rahim Jaafar berkata, siasatan awal juga mendapati, keempat-empat suspek berusia antara 28 hingga 34 tahun itu sedang menyiapkan senapang angin buatan sendiri dalam kuantiti banyak.
“Sewaktu kejadian, seorang pengusaha kedai aksesori kenderaan dan dua pekerja serta seorang kenalannya sedang menguji senapang angin buatan sendiri yang baru disiapkan.
“Kebetulan kereta Honda City dinaiki mangsa melalui jalan di hadapan premis tersebut dan peluru besi yang dilepaskan mengenai dahi mangsa,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini semalam.Abd. Rahim berkata, serbuan juga menjumpai banyak komponen yang dipercayai digunakan untuk membuat lebih banyak senapang angin.

Namun menurut beliau, motif keempat-empat suspek membuat senapang angin buatan sendiri berkenaan masih disiasat.

“Kesemua suspek sedang direman selama seminggu sehingga 6 Ogos ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api 1971 dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan,” katanya.

Akhbar semalam melaporkan dahi tengah seorang kerani, Mohd. Syukur Shafie, 31, berlubang selepas terkena peluru sesat ketika sedang dalam perjalanan ke stesen minyak di Jalan Jugra, Taman Banting, Kuala Langat dekat sini.

Mangsa yang dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dekat sini untuk menerima rawatan turut mengalami kecederaan pada mata kirinya selepas terkena serpihan kaca tingkap kereta yang pecah.



4 suspek bom mesin ATM ditangkap

SHAH ALAM – Empat lelaki disyaki cuba melarikan mesin juruwang automatik (ATM) cawangan Public Bank di Bukit Sentosa, Rawang dekat sini dengan ‘mengebom’ mesin itu dalam kejadian Rabu lalu berjaya dicekup polis kelmarin.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abd. Rahim Jaafar (gambar kecil) berkata, kesemua suspek berusia 30-an ditahan di dua lokasi berasingan di Tanjong Karang dan Puchong dekat sini sekitar pukul 4.30 pagi hingga 12 tengah hari.
Ujarnya, polis turut merampas lima telefon bimbit milik suspek.
“Salah seorang daripada suspek yang ditangkap mempunyai rekod lampau melarikan wang di dalam mesin ATM sejak tahun lalu.
“Dia yang dipercayai dalang terlibat dalam kes jenayah sama iaitu di Jenjarom, Shah Alam, Puchong dan Subang Jaya dekat sini,” katanya di sini semalam.

Kosmo! 30 Julai lalu melaporkan sebuah cawangan Public Bank berkenaan mengalami kerosakan teruk angkara dibom sekumpulan penjenayah yang cuba melarikan wang di dalam mesin ATM di bank itu.

Abd. Rahim berkata, seorang lagi suspek berjaya dirakam oleh rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dipercayai menunggang motosikal jenis Scrambler turut memasuki bank tersebut pada hari kejadian masih bebas dan sedang diburu polis.

Jelasnya, siasatan awal mendapati kumpulan berkenaan telah menggunakan bom buatan sendiri diperbuat daripada bahan letupan phyrotechic yang biasanya digunakan untuk membuat mercun bola bagi meletupkan lapan mesin ATM di bank berkenaan.

"Perancangan mereka selama seminggu untuk melakukan jenayah tersebut tidak kesampaian apabila kesemua mesin ATM terbabit tidak pecah.

“Kelibat mereka berjaya dikesan berjaya yang terdapat di dalam premis bank berkenaan,” katanya.

Abd. Rahim berkata, kesemua suspek sedang direman selama tujuh hari sehingga 7 Ogos ini untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 451 Kanun Keseksaan.