Translate

Saturday, August 2, 2014

4 suspek bom mesin ATM ditangkap

SHAH ALAM – Empat lelaki disyaki cuba melarikan mesin juruwang automatik (ATM) cawangan Public Bank di Bukit Sentosa, Rawang dekat sini dengan ‘mengebom’ mesin itu dalam kejadian Rabu lalu berjaya dicekup polis kelmarin.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abd. Rahim Jaafar (gambar kecil) berkata, kesemua suspek berusia 30-an ditahan di dua lokasi berasingan di Tanjong Karang dan Puchong dekat sini sekitar pukul 4.30 pagi hingga 12 tengah hari.
Ujarnya, polis turut merampas lima telefon bimbit milik suspek.
“Salah seorang daripada suspek yang ditangkap mempunyai rekod lampau melarikan wang di dalam mesin ATM sejak tahun lalu.
“Dia yang dipercayai dalang terlibat dalam kes jenayah sama iaitu di Jenjarom, Shah Alam, Puchong dan Subang Jaya dekat sini,” katanya di sini semalam.

Kosmo! 30 Julai lalu melaporkan sebuah cawangan Public Bank berkenaan mengalami kerosakan teruk angkara dibom sekumpulan penjenayah yang cuba melarikan wang di dalam mesin ATM di bank itu.

Abd. Rahim berkata, seorang lagi suspek berjaya dirakam oleh rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dipercayai menunggang motosikal jenis Scrambler turut memasuki bank tersebut pada hari kejadian masih bebas dan sedang diburu polis.

Jelasnya, siasatan awal mendapati kumpulan berkenaan telah menggunakan bom buatan sendiri diperbuat daripada bahan letupan phyrotechic yang biasanya digunakan untuk membuat mercun bola bagi meletupkan lapan mesin ATM di bank berkenaan.

"Perancangan mereka selama seminggu untuk melakukan jenayah tersebut tidak kesampaian apabila kesemua mesin ATM terbabit tidak pecah.

“Kelibat mereka berjaya dikesan berjaya yang terdapat di dalam premis bank berkenaan,” katanya.

Abd. Rahim berkata, kesemua suspek sedang direman selama tujuh hari sehingga 7 Ogos ini untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 451 Kanun Keseksaan.

No comments:

Post a Comment