Translate

Wednesday, July 6, 2022

KPDNHEP kesan lima kesalahan berkaitan minyak masak

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA NERUS – Lima pemain industri di Terengganu dikesan melakukan kesalahan berkaitan minyak masak dalam operasi dilaksanakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri sejak 23 Jun lalu.

Pengarah KPDNHEP Terengganu, Saharuddin Mohd. Kia berkata, tiga kesalahan tersebut melibatkan menyimpan minyak masak bagi tujuan perdagangan melebihi 12 kilogram (kg) tanpa permit manakala dua lagi berhubung kegagalan menyelenggara buku stok barang kawalan.

Beliau berkata, kesalahan menyimpan minyak masak tanpa permit tersebut dilakukan dua pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) di Kuala Terengganu dan Dungun (satu).

“Ia melanggar Peraturan 18 Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM1 juta atau penjara sehingga tiga tahun bagi individu.

“Bagi pesalah syarikat pula, denda tidak lebih RM2 juta boleh dikenakan jika sabit kesalahan,” katanya selepas mengadakan pemeriksaan di sebuah kilang memproses mi di Tok Jiring di sini hari ini.

Saharuddin berkata, satu syarikat pembungkus dan pemborong minyak masak masing-masing di Kuala Terengganu dan Dungun pula dikesan gagal menyelenggara buku stok barang kawalan.

Jelas beliau, ia merupakan kesalahan mengikut Peraturan 13 Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment