Translate

Friday, July 8, 2022

KPLB bantu tingkat bekalan ayam tempatan

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA NERUS – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) turut mengambil bahagian membantu meningkatkan bekalan ayam tempatan bagi menjamin sekuriti makanan negara.

Menterinya, Datuk Seri Mahadzir Khalid berkata, inisiatif itu akan melibatkan beberapa agensi di bawah kementerian tersebut seperti Felcra Berhad dan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).

“Agensi ini akan membuka lebih banyak ladang ternakan ayam di seluruh negara bermula bulan depan.

“Hasil ternakan ayam oleh agensi tersebut diharap dapat menampung permintaan ayam setempat,” katanya selepas menghadiri majlis Konvokesyen Kolej Ketengah ketiga disini hari ini.

Mahadzir berkata, salah satu ladang ternakan ayam tersebut dicadangkan di Rompin, Pahang.

Tambah beliau, tumpuan akan diberikan kepada penternakan ayam sebelum diperluas kepada ternakan lembu dan pertanian lain secara berperingkat pada masa depan.

“Ini usaha KLPB untuk membantu meningkatkan bekalan makanan bagi menjamin sekuriti makanan negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment