Oleh MOHD AZLI ADLAN
HULU TERENGGANU – Kerajaan memberi jaminan harga siling ayam baharu yang akan berkuat kuasa 1 Julai ini tidak akan mencapai RM15 sekilogram.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, penentuan harga siling baharu itu akan dilakukan berdasarkan prinsip menang-menang bagi pihak pengguna dan pemain industri ayam.
Beliau berkata, sekiranya sistem pengapungan diteruskan, harga ayam yang dicadangkan pemain industri antara RM11 hingga RM15 sekilogram.
“Begitupun, berdasarkan konsep penawaran dan permintaan, kalau jual mahal sangat, barang (ayam) itu mungkin tidak laku.
“Sehubungan itu, saya boleh beri jaminan harga (siling baharu) ayam tidak akan sampai RM15 sekilogram,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Rosol berkata, berdasarkan advokasi dengan pemain industri baru-baru ini, harga siling baharu ayam diramal berada di bawah RM11 sekilogram.
Beliau berkata, kenaikan berbanding harga siling lama, RM8.90 sekilogram tersebut tidak dapat dielakkan berikutan pemain industri tidak mampu lagi menanggung kos dedak, pengangkutan dan tukar wang asing. – KOSMO! ONLINE
No comments:
Post a Comment