Translate

Wednesday, July 6, 2022

Suri rumah dipenjara 14 bulan kerana mencuri lagi

Oleh MOHD AZLI ADLAN

MARANG – Seorang suri rumah bagaikan tidak serik apabila dia sekali lagi dihukum penjara 14 bulan atas kesalahan mencuri barangan pasar raya oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda memerintahkan hukuman demikian selepas tertuduh, Suhaini Mohd, 43, yang juga penagih dadah membuat pengakuan bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mencuri dua paket minuman coklat jenama Milo di sebuah pasar raya di daerah ini.

Perbuatan berkenaan didakwa dilakukan tertuduh pada pukul 11.20 pagi pada 25 Mei lalu.

Berdasarkan fakta kes, pemilik pasar raya berkenaan telah mengesan aksi mencurigakan Suhaini disyaki mencuri menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV).

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Suhaini sebelum ini mempunyai tiga rekod jenayah mencuri barangan pasar raya pada tahun 2019 dan 2021. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment