Translate

Sunday, July 10, 2022

Empat ditahan bantu siasatan tuntutan palsu

 

KUALA TERENGGANU – Empat individu termasuk seorang pengurus syarikat hartanah berkaitan kerajaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan melibatkan tuntutan palsu bagi projek bernilai lebih RM300 juta. 

Kesemua suspek berusia antara 28 hingga 48 tahun ditahan di bandar raya ini dan Kuala Lumpur kira-kira pukul 12 tengah hari kelmarin. 

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim berkata, tiga suspek ditahan ketika memberi keterangan di pejabat SPRM Terengganu di sini, manakala seorang lagi di rumahnya di Kuala Lumpur.

 “Mereka terdiri daripada pengurus syarikat hartanah berkaitan kerajaan, pengurus projek, pengarah urusan dan arkitek daripada syarikat kontraktor serta juruperunding.

 “Penahanan keempat-empat suspek ini bagi membantu siasatan bersubahat dalam membuat tuntutan palsu berkaitan projek pembangunan di Pantai Timur bernilai lebih RM300 juta,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam. 

Hishamuddin berkata, kesemua suspek telah direman selama enam hari sehingga Rabu. 

Tambah beliau, perintah reman dibenarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu di sini semalam

No comments:

Post a Comment