Translate

Tuesday, July 12, 2022

Tiga tumpas selepas dikejar 10km

SETIU – Tindakan seorang pengusaha bot pelancong mengejar tiga penjenayah dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda (4WD) jenis Mitsubishi Triton sejauh 10 kilometer (km) membuahkan hasil apabila kesemua suspek berjaya diberkas sebelum diserahkan kepada polis kelmarin. 

Kejadian pada pukul 8.30 pagi di Kampung Penarik di sini itu berlaku apabila motosikal jenis Yamaha Y15ZR milik mangsa berusia 44 tahun itu dilarikan oleh salah seorang suspek. 

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin berkata, sebelum kejadian, ketiga-tiga suspek berusia antara 19 hingga 44 tahun itu telah memecah masuk sebuah kedai runcit dan mencuri empat kampit simen di sebuah tapak pembinaan. 

Katanya, suspek yang memakai topeng muka hitam menaiki sebuah kereta jenis Proton Inspira kemudian telah berhenti di depan rumah mangsa selepas ternampak lelaki itu sedang menghidupkan enjin motosikal untuk membeli peralatan memancing. 

“Salah seorang suspek kemudian merampas motosikal itu sebelum mangsa mengejarnya dengan menaiki trak pikap. Suspek kemudian telah terjatuh ketika dihimpit di persimpangan Saujana sebelum melarikan diri dengan menaiki kereta dipandu dua rakannya. 

“Mangsa kemudian mengejar pula kereta Proton Inspira itu menyebabkan kenderaan tersebut terbabas di tepi jalan. Suspek cuba melarikan diri ke dalam semak sebelum ditangkap dengan bantuan penduduk kampung,” katanya ketika dihubungi. 

Menurut Afandi, suspek kemudian diserahkan kepada polis dan pemeriksaan menemui sembilan bot pewangi kereta yang disyaki dicuri dari sebuah kedai runcit di Kampung Bari Besar di dalam kereta tersebut. 

Beliau berkata, empat kampit simen dicuri suspek dari sebuah tapak pembinaan di Kampung Bari Kecil juga dijumpai. Suspek yang positif syabu dan mempunyai antara 15 hingga 19 rekod jenay

No comments:

Post a Comment