Translate

Monday, August 4, 2014

Struktur semua bekalan air bukti pandangan BN benar

MOHD. AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my

TANJONG KARANG - Kesediaan kerajaan negeri Selangor menandatangani Perjanjian Dasar Induk dengan kerajaan Persekutuan pada Jumaat lalu membuktikan pandangan jauh Barisan Nasional (BN) berhubung penyelesaian jangka panjang isu air negeri sebelum ini adalah tepat.

Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, desakan pihaknya sejak tahun 2008 agar projek Loji Rawatan Air Langat 2 disegerakan bagi mengatasi masalah bekalan air di negeri itu terbukti benar.

“Saya ucapkan tahniah dan terima kasih kepada Menteri Besar Selangor (Abdul Khalid) kerana akhirnya beliau sedar daripada mimpi-mimpi indah.

“BN sudah nampak krisis air akan berlaku pada tahun 2014 jika Langat 2 tidak dilaksanakan sejak 15 tahun lalu j,” katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri peringkat Parlimen Tanjong Karang di Padang Astaka di sini semalam.

Noh berkata, walaupun pernah suatu ketika menentang projek pembinaan loji rawatan air itu, Abdul Khalid akhirnya akur dengan kepentingan Langat 2.

Ahli Parlimen Tanjong Karang itu juga kesal keengganan kerajaan negeri Selangor memberi kebenaran terhadap projek Langat 2 hanya kerana faktor politik.

“Ia diakui sendiri oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa saya berdebat dengan beliau berhubung isu air Selangor di Parlimen tidak lama dahulu.

Akhbar kelmarin melaporkan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul  Khalid Ibrahim menandatangani Perjanjian Dasar Induk berhubung penstrukturan semula industri bekalan air dan penyelesaian jangka panjang isu air Selangor di Putrajaya dekat sini.

Antara yang terdapat dalam perjanjian lanjutan kepada  perjanjian persefahaman (MoU) yang ditandatangani ke dua-dua pihak pada 26 Februari lalu ialah tawaran pe ngambilalihan empat syarikat konsesi air negeri oleh ke rajaan negeri Selangor melalui Kumpulan Darul Ehsan  Berhad.

No comments:

Post a Comment