Translate

Wednesday, October 2, 2013

Pelatih kuda dihukum penjara 10 tahun, 20 sebatan kerana miliki ganja

IPOH - Seorang pelatih kuda dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan 20 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini setelah didapati bersalah atas dua pertuduhan memiliki dadah jenis ganja hampir setahun lalu.
Hakim Datuk Zainal Adzam Abd. Ghani memerintahkan demikian selepas berpuas hati dengan pengakuan bersalah Min Faizal Min Sarwi, 38, ke atas kedua-dua pertuduhan pilihan tersebut.
Tertuduh yang juga suami kepada seorang warga emas berusia 67 tahun didapati memiliki dua bungkusan berisi dadah jenis ganja seberat 919 gram dan 53.53 gram di rumahnya di Taman Cempaka di sini pada 12 November 2012. - KOSMO!

No comments:

Post a Comment