Berkulit kuning cair seperti betik tetapi biji berserat seperti timun , buah tersebut menjadi hidangan pencuci mulut kegemaran penduduk tempatan ketika berbuka puasa.
Seorang peniaga, Ahmad Zawawi Abdul Rahim, 45, berkata, timun betik yang biasanya dimakan bersama santan dan gula Melaka sentiasa mendapat permintaan tinggi setiap kali Ramadan.
"Pada tahun ini, saya mendapat bekalan timun betik dari Bota dan menjualnya pada harga RM3 sekilogram.
"Berdasarkan pengalaman selama enam tahun sebagai peniaga timun betik , sebanyak satu tan buah ini dapat saya jual sepanjang bulan puasa," katanya ketika ditemui di Pasar Besar Ipoh di sini semalam.
Ahmad Zawawi berkata, timun betik yang masak ranum paling sesuai dimakan dan ia boleh dikenal pasti melalui kulit luar yang merekah.
Sementara itu seorang pembeli, Maimunah Ahmad, 39, memberitahu, timun betik lebih sedap dimakan sejuk dengan dicampur ketulan ais atau disimpan sejuk sementara menunggu waktu berbuka puasa.
"Kalau tidak suka santan, boleh ganti dengan susu cair. Rasa potongan timun betik yang tawar akan sebati dalam rendaman santan dan gula Melaka.
"Orang tua-tua kata buah ini mengandungi banyak khasiat termasuk menurunkan tekanan darah tinggi," katanya.
Assalamualaikum..
ReplyDeleteKalau boleh nak dapatkan nama pembekal buah timun betik ini.. boleh saudara kongsi maklumat beliau
Assalamualaikum..
ReplyDeleteKalau boleh nak dapatkan nama pembekal buah timun betik ini.. boleh saudara kongsi maklumat beliau
waalaikumsalam,
ReplyDeletemaaf saya tiada nombor contact pembekal. boleh jumpa En. Ahmad Zawawi di Pasar Besar Ipoh.