IPOH - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menguat kuasa kod etika kerajaan sementara kepada Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri sepanjang tempoh Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang.
Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, kod etika yang menggariskan peranan sebenar kerajaan sementara bertujuan mengelak salah laku parti politik sepanjang kempen PRU-13.

"Dasar menjadikan kerajaan sedia ada sebagai kerajaan sementara pada tempoh PRU adalah amalan perundangan kebanyakan negara di dunia terutama Komanwel.
"Namun, sering menjadi pertikaian dakwaan salah laku berkaitan pertindihan peranan sebagai anggota kerajaan dan ahli parti politik seperti penggunaan jentera kerajaan untuk kempen pilihan raya," katanya selepas merasmikan Taklimat Persediaan Menghadapi PRU-13 kepada Pasukan Penguatkuasaan Kempen Pilihan Raya Perak di sini semalam.
Wan Ahmad berkata, draf awal kod etika terbabit kini dalam peringkat diperhalusi Jabatan Peguam Negara.
Ujarnya, sesudah Peguam Negara memperakui garis panduan tersebut selaras dengan Perlembagaan Negara, perbincangan dengan parti politik yang memerintah Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri akan dilakukan.
" SPR optimis kod etika kerajaan sementara yang merupakan salah satu cadangan dikemukakan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen baru-baru ini boleh dikeluarkan sebelum Parlimen dibubarkan.
"Rangka garis panduan ini mengambil pendekatan yang dipraktikkan di beberapa negara seperti Kanada, Australia dan Britain tetapi ia disesuaikan dengan budaya politik tempatan," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Wan Ahmad memberitahu, kebenaran penyiaran manifesto parti-parti politik yang bertanding pada PRU-13 tertakluk kepada media awam atau agensi rasmi kerajaan iaitu Radio Televisyen Malaysia.
Namun, katanya, SPR akan merayu agar firma media lain milik swasta mengambil pendekatan sama sepanjang tempoh kempen.
" SPR tidak boleh paksa, pemilik media swasta bebas memilih pendekatan sendiri," katanya.

No comments:
Post a Comment