Ketua Polis Daerah Tapah, Supritendan Roslan Bek Ah mad berkata, Hla Kyaw Sein dan Nyunt Win dipercayai telah melarikan diri ke Kuala Lumpur sebaik Abdul Salam, 36, dibunuh pada pukul 11 malam.
“Kedua-dua lelaki Myanmar berusia 36 tahun itu merupakan rakan sekerja mangsa di ladang tersebut. Polis telah menemui sebatang kayu yang digunakan untuk memukul kepala mangsa," katanya.
Tambahnya, motif kejadian dipercayai akibat perselisihan faham.Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kedua-dua lelaki itu supaya menghubungi balai polis terdekat.
No comments:
Post a Comment