Translate

Monday, September 28, 2009

Rehal mudah alih terima tempahan tinggi



TAIPING - Tekad Syed Abu Nasir Hafis Syed Abdul Fasal, 46, mengusahakan pembuatan rehal al-Quran sejak enam bulan lalu sudah mula menunjukkan hasil.

Beliau menerusi syarikatnya Ganda Wood Industries Sdn. Bhd. (Ganda Wood Industries) bukan sahaja berjaya meng hasilkan rehal bermutu tinggi malah mendapat tempat di pasaran.

"Rehal mudah alih yang diperbuat daripada kayu bermutu tinggi itu dihasilkan daripada penyelidikan dan pembangunan (R&D) saya fokuskan sebelum ini.

"Produk ini cuma seberat 1.5 kilogram dan berukuran 40.64 sentimeter (sm) x 25.4 sm dengan ketebalan 25.4 cm yang mudah dibawa," katanya berkata demikian ketika ditemui di kilang perusahaannya di Lot 1415 dan 1416, Kampung Kota Barat di sini baru-baru ini.

Syed Abu Nasir menjelaskan rehal tersebut disasarkan kepada murid sekolah agama dan madrashah serta jemaah surau dan masjid selain sesuai juga untuk kegunaan peribadi di rumah.

Menurutnya, buat masa sekarang syarikat itu telah menerima tempahan lebih 2,000 rehal setiap sebulan dan ia turut dipasarkan ke beberapa negeri seluruh negara termasuk Johor, Selangor, Pahang dan Kedah.

"Sehubungan itu, saya memerlukan lebih ramai pengedar produk rehal ini dalam masa terdekat. Sesiapa yang berminat boleh menghubungi di talian 05-8482400 dan 019-5773941 atau menerusi emel di ganda_woodindustries@yahoo.com," kata nya.

2 comments:

  1. assalamualaikum,
    saya mohd hairi dari selangor ingin bertanya berapa kos untuk jadi pengedar dan syarat2 nya

    email saya jenggojamal@yahoo.com

    sekian terima kasih

    ReplyDelete
  2. Mohd. Hairi,

    Saudara boleh menghubungu En. Syed Abu Nasir Hafis Syed Abdul Fasal di talian 05-8482400 dan 019-5773941 atau menerusi emel di ganda_woodindustries@yahoo.com untuk makluman lanjut

    ReplyDelete