Translate

Thursday, February 2, 2017

Kursus Kimpalan 6G untuk pelajar tercicir di Tesdec

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

MARANG - Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu (Tesdec) dengan kerjasama syarikat kejuruteraaan industri minyak dan gas, Syeds Offshore Engineering Sdn. Bhd. (Syeds Offshore Engineering) menganjurkan kursus Kimpalan 6G yang disasar kepada pelajar tercicir berusia 17 hingga 25 tahun.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Terengganu, A. Latiff Awang berkata, kursus selama 16 bulan itu merupakan tajaan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPB) iaitu agensi pengukuhan keupayaan Bumiputera di bawah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.
"Kursus di bawah Program Peneraju Skil Iltizam ini bertujuan memberi peluang kedua kepada pelajar yang keciciran pelajaran sama ada di peringkat sekolah rendah, menengah mahu pun pengajian tinggi dalam bidang vokasional dan teknikal.
"Golongan sasaran akan dilatih dengan kemahiran tinggi itu agar memenuhi kehendak industri," katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Perjanjian antara Tesdec dengan Syeds Offshore Engineering di Tesdec, Bukit Khor di sini hari ini. - K! ONLINE

2 comments:

  1. saya lepasan diploma kewangan ingin menceburi bidang welding ni boleh ke..welding 6G bukan ke thap yg dh tinggi sedangkan sy belum ada apa asas tentang welding,bolehkah saya memohon?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh berhubung terus dengan pengurusan Tesdec di Bukit Khor, Marang.

      Delete