Translate

Tuesday, April 7, 2026

Pengetua tidak mengaku cakap lucah

MARANG – Seorang pengetua sebuah sekolah menengah dihadapkan atas dua pertuduhan komunikasi secara lucah dan amang seksual bukan fizikal terhadap seorang pelajar perempuan di Mahkamah Majistret di sini semalam. 

Tertuduh, Mohd. Tajudin Mokhtar, 59, membuat pengakuan tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Zur Azureen Zainalkefli. 

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa berkomunikasi secara seksual terhadap remaja perempuan berusia 16 tahun lima bulan di pejabat pengetua sekolah tersebut pukul 8.30 pagi, 2 Julai lalu.

 Mohd. Tajudin didakwa mengikut Seksyen 11(1)(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. 

Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa menunjukkan gambar-gambar perempuan seksi melalui telefon bimbit kepada mangsa tersebut di lokasi, masa dan tarikh sama.

 Dia didakwa mengikut Seksyen 15 (e) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. Mahkamah menetapkan jaminan RM10,000 terhadap Mohd. Tajudin dengan dua penjamin selain tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan. 

Kes disebut semula pada 14 Januari depan. 

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Maisarah Abd. Razak, manakala Mohd. Tajudin pula diwakili Abdul Haiyyi Salim.

No comments:

Post a Comment